Tuesday 17 September 2013

Lirik Lagu Nasyid KPM tahun 2009

MENJANA UMMAH BERWAWASAN

Duhai generasi berwawasan yang beretika
Dikau pemangkin kemakmuran negara bangsa
Bebaskan dirimu dari dadah bahaya
Pasti kau menjadi hebat dan mulia

Hidup cemerlang tanpa dadah
Suatu gagasan murni ke arah membangun bangsa
Hidup cemerlang tanpa dadah
Suatu gagasan murni ke arah membangun ummah
Pasti menjadi generasi bermaruah

Lirik Lagu Nasyid KPM tahun 2013

AL-QURAN PENJANA WASATIYYAH UMMAH

Turunnya Al-Quran petunjuk kebenaran
Penghapus kebatilan penyuluh kegelapan
Turunnya Al-Quran petunjuk kebenaran
Penghapus kebatilan penyuluh kegelapan
Mukjizatun nabi yang teragung terpuji
Kekal menerangi hidup mukmin sejati
Mukjizatun nabi yang teragung terpuji
Kekal menerangi hidup mukmin sejati

Kitab Al-Quran pencetus paradigma
Khazanah berharga segar merentas masa
Kitab Al-Quran pencetus paradigma
Khazanah berharga segar merentas masa
Al-Quran penjana wasatiyyah ummah
Baldatun thoiyibah baldatun maghfirah
Al-Quran penjana wasatiyyah ummah
Baldatun thoiyibah baldatun maghfirah

Kalamullah sebagai panduan
Penuh hikmah syariat kehidupan
Kalamullah sebagai panduan
Penuh hikmah syariat kehidupan

Huna nuzilal quran fi awalilamri
Huna hira' asyraqat syamsu zalfajri
Huna jabalinnurillazi fi fuadihi
Tala'la' nuril'ilmi fi sofhatiddahiri

Ummah gemilang sering ke hadapan
Menjadi contoh di sepanjang zaman
Ummah gemilang sering ke hadapan
Menjadi contoh di sepanjang zaman

Al-Quran dihayati As-sunnah diikuti
Penjana wasatiyyah ummah berkualiti
Al-Quran dihayati As-sunnah diikuti
Penjana wasatiyyah ummah berkualiti

Kalamullah sebagai panduan
Penuh hikmah syariat kehidupan
Kalamullah sebagai panduan
Penuh hikmah syariat kehidupan

Al-Quran... Syifaan...
Warahmatan lil'alam
Al-Quran... Nuran...
Hidayatan lilanam
Al-Quran... Syifaan...
Warahmatan lil'alam
Al-Quran... Nuran...
Hidayatan lilanam

Ya Allah...
Ya Allah...
Ya Allah...
Ya Allah...

Kalam Allah

LIRIK : Abdul Samad Bin Mohamad
LAGU : Abdul Samad Bin Mohamad

Lirik Lagu Nasyid KPM tahun 2013 Lagu Kedua

MUHAMMAD RASUL PILIHAN

Sejarah menyaksikan di bumi Mekah lahir seorang insan
Dia adalah Muhammad rasul pilihan
Sejarah menyaksikan di bumi Mekah lahir seorang insan
Dia adalah Muhammad rasul pilihan

Kaulah rasul utusan dunia
Kaulah penyeri alam buana
Cahayamu merubah jahilnya dunia
Akidah pedoman pada semua

Rasulullah ikutan sepnjang zaman
Rasulullah sinar kebahagiaan
Rasulullah ikutan sepnjang zaman
Rasulullah sinar kebahagiaan
Sirahmu jadikan pedoman
Menjana keteguhan iman

Mutiara yang bersinar di lautan
Bagaikan bulan purnama yang menyinari malam
Utusan yang dinanti seluruh alam
Merubah kejahilan pada keimanan
Utusan yang dinanti seluruh alam
Merubah kejahilan pada keimanan

Muhammad rasul pilihan
Membawa risalah Al-Quran
Muhammad rasul pujaan
Akhlak terpuji jadi ikutan
Muhammad rasul pilihan
Membawa risalah Al-Quran
Muhammad rasul pujaan
Akhlak terpuji jadi ikutan

Ya Rasulallah
Ya Habiballah
Ya Nabiyallah
Ya Syafiyallah
Ya Rasulallah
Ya Habiballah

Betapa cintamu pada ummat
Tiada tandingan sebagai penyelamat
Kaulah rasul sekalian ummat
Mengharapkan syafa'atmu di akhirat

Muhammad rasul pilihan
Membawa risalah Al-Quran
Muhammad rasul pujaan
Akhlak terpuji jadi ikutan

Kaulah Muhammad penghulu Nabi
Syafa'atmu dinanti
Kaulah Muhammad insan berbudi
Sunnahmu diikuti
Kaulah Muhammad penghulu Nabi
Syafa'atmu dinanti
Kaulah Muhammad insan berbudi
Sunnahmu diikuti

Kaulah Muhammad

LAGU : Muhammad Rahim Bin Markum
LIRIK : Muhammad Rahim Bin Markum

Laporan Mesyuarat

Laporan Mesyuarat Agung Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam (Nasyid) pada tarikh 8 Januari 2013

Pada tanggal 8 Januari 2013, telah diadakan Mesyuarat Agung bagi setiap kelab dan persatuan buat kali pertama pada tahun ini. Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam (Nasyid) bertempat di kelas 3 Ikhlas pada jam 3.45 petang. Para pelajar lelaki dan perempuan diwajibkan hadir. 

Kehadiran untuk kelab ini amat menggalakkan dan memuaskan. Agenda Mesyuarat Agung Kelab ini dimulai dengan ucapan alu-aluan Guru Penasihat yang diketuai oleh Puan Hamidah binti Poniran dan Ustazah Norazura binti Harun. Agenda seterusnya adalah perlantikan Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2013. Sebulat suara telah menyokong Muhamad Zakwan Aiman bin Mohd Rani dilantik sebagai Pengerusi, dan agenda seterusnya diteruskan oleh Pengerusi.

Setelah selesai perlantikan tersebut, kelab ini telah menetapkan yuran sebanyak RM10 untuk setahun. Kemudian terdapat pelajar yang mengemukakan pelbagai cadangan aktiviti yang bakal dilakukan sehingga bulan Julai 2013. Di samping itu, pendaftaran bagi ahli baru telah dilaksanakan dan kehadiran ahli baru dan lama juga dicatat.

Guru Penasihat juga menerangkan tentang senarai tugas Ahli Jawatankuasa dan disiplin kehadiran, pakaian, sahsiah dan ketepatan masa dalam perjumpaan yang seterusnya. Acara penutup disempurnakan oleh Pengerusi Kelab dengan menyampaikan amanatnya. Kelab bersurai setelah jam menunjukkan pukul 4.45 petang.

Disediakan oleh,                                                          9 JANUARI 2013
Aisyah

(Siti Nur Aisyah binti Badrul Hisham)
Setiausaha Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam (Nasyid)

Saturday 14 September 2013

Mesyuarat Agung Kelab Nasyid Tahun 2013

      Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan pada setiap perjumpaan kali pertama bagi melantik ahli jawatankuasa yang layak dalam mengurus tidak kira unit beruniform, kelab & persatuan, serta sukan & permainan. Pelantikan ahli jawatankuasa (AJK) dilaksanakan dengan cara mesyuarat dan undian terhadap calon AJK yang bakal dipilih. Mesyuarat Agung Tahunan tersebut hendaklah diselesaikan sewaktu perjumpaan tersebut supaya perjumpaan kelab & persatuan yang seterusnya berjalan seperti yang dirancang.

      Mesyuarat Agung Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam (Nasyid) tahun 2013 telah sebulat suara melantik :

Pengerusi : Muhamad Zakwan Aiman bin Mohd Rani

Naib Pengerusi : Tengku Nur Azlin Syuhada bt Ku Abdul Salam

Setiausaha : Siti Nur Aisyah bt Badrul Hisham

Naib Setiausaha : Wan Muhammad Ali Ulwan b Wan  Ali

Bendahari : Ahmad Afif Afifi bin Hashim Fahmi

Naib Bendahari Nur Farah Diana bt Baharrudin


AJK Tingkatan : 

Tingkatan 1 

Balqis Azzahra bt Adnan Khalid
Siti Kauthar bt Adnan

Tingkatan 2 :

Muhammad Zulfikri bin Alauddin
Nur Atiqah bt Dzafarullah

Tingkatan 3 :

Muhammad Firdaus bin Norhasbi
Ainul Mardhiah bt Mohd Rozli

Tingkatan 4 :

Muhammad Luqmanul Hakim bin Abdul Ghaffar
Siti Sarah bt Harizan

Tingkatan 5 :

Ab Rahim bin Ab Rahman
Nurul Farzana bt Mohammad Azri

      Selepas itu, kutipan yuran samada bulanan atau tahunan. Kelab KKI Nasyid telah sebulat suara membayar yuran sebanyak RM 10.00 setahun. 

      Seterusnya, mesyuarat mengenai aktiviti-aktiviti Kelab KKI Nasyid. Berikut adalah aktiviti-aktiviti kelab yang telah dipersetujui : 

1. Pertandingan Mencipta Lirik Lagu
2. Kelas pengenalan dan pembelajaran alat muzik nasyid
3. Kelas vokal nasyid
4. Pertandingan menyanyi antara ahli kelab
5. Lawatan ke pertandingan nasyid
6. Jamuan akhir tahun kelab

      Tuntasnya, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam Nasyid tahun 2013 telah berjalan lancar atas kerjasama antara ahli kelab.

Monday 9 September 2013

Second Entry !

Salam Alayk ! Alhamdulillah, setelah beberapa cabaran yang perlu ditempuhi bersama. 
kami dari kelab Nasyid Samttaj ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan besar seperti trial spm, sma dan pmr.

Credit to :
 Harap kalian terhibur dengan video ini :)



Assalamualaikum dan salam sejahtera :D





Sunday 8 September 2013

Ucapan alu-aluan

       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Jawab jangan tidak jawab nanti berdosa masuk api neraka. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Yang Maha Esa diatas kesempatan dalam menyiapkan blog Kelab Nasyid ini.SELAMAT HARI RAYA !!!!!!!!!!!!!!!!! TENETETTENET !!!!