Tuesday 17 September 2013

Laporan Mesyuarat

Laporan Mesyuarat Agung Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam (Nasyid) pada tarikh 8 Januari 2013

Pada tanggal 8 Januari 2013, telah diadakan Mesyuarat Agung bagi setiap kelab dan persatuan buat kali pertama pada tahun ini. Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam (Nasyid) bertempat di kelas 3 Ikhlas pada jam 3.45 petang. Para pelajar lelaki dan perempuan diwajibkan hadir. 

Kehadiran untuk kelab ini amat menggalakkan dan memuaskan. Agenda Mesyuarat Agung Kelab ini dimulai dengan ucapan alu-aluan Guru Penasihat yang diketuai oleh Puan Hamidah binti Poniran dan Ustazah Norazura binti Harun. Agenda seterusnya adalah perlantikan Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2013. Sebulat suara telah menyokong Muhamad Zakwan Aiman bin Mohd Rani dilantik sebagai Pengerusi, dan agenda seterusnya diteruskan oleh Pengerusi.

Setelah selesai perlantikan tersebut, kelab ini telah menetapkan yuran sebanyak RM10 untuk setahun. Kemudian terdapat pelajar yang mengemukakan pelbagai cadangan aktiviti yang bakal dilakukan sehingga bulan Julai 2013. Di samping itu, pendaftaran bagi ahli baru telah dilaksanakan dan kehadiran ahli baru dan lama juga dicatat.

Guru Penasihat juga menerangkan tentang senarai tugas Ahli Jawatankuasa dan disiplin kehadiran, pakaian, sahsiah dan ketepatan masa dalam perjumpaan yang seterusnya. Acara penutup disempurnakan oleh Pengerusi Kelab dengan menyampaikan amanatnya. Kelab bersurai setelah jam menunjukkan pukul 4.45 petang.

Disediakan oleh,                                                          9 JANUARI 2013
Aisyah

(Siti Nur Aisyah binti Badrul Hisham)
Setiausaha Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam (Nasyid)

No comments:

Post a Comment